Dakwah Umum

7235/1000000.00

1 % Dana Terkumpul

RM 7,235.00
Telah Disumbang
RM 1,000,000.00
Sasaran Dana
123
Penyumbang

Interactive Dakwah & Tarbiyah (IDT) merupakan sebuah pertubuhan yang mengfokuskan ke arah melatih pendakwah supaya mereka boleh menyampaikan Islam kepada orang bukan Islam.

IDT juga memberi fokus kepada membimbing, melatih dan mendidik mualaf sebelum mereka mengenal Islam sehingga menjadi seorang pendakwah dan proses ini mengambil masa beberapa tahun.

Oleh yang demikian, kesemua program dan aktiviti yang dirancang ini sangat memerlukan suntikan dana yang kukuh bagi usaha dakwah yang telah dilaksanakan oleh IDT dapat diteruskan agar lebih ramai mendapat manfaat yang sewajarnya. Oleh itu, IDT membuka peluang saham akhirat bersama kami bagi membantu dari segi kewangan untuk usaha dakwah ini agar mampu diuruskan secara menyeluruh dengan sumbangan dana dari anda semua.

Allah azza wa jalla berfirman,

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

“Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (karunia-Nya) lagi Maha Mengetahui.” (Surah Al Baqarah: 261)”.

Semoga infaq yang kita hulurkan menjadi sebahagian saham akhirat bersama di atas segala usaha dakwah IDT yang telah dilaksanakan dan seterusnya menjadi amal soleh yang berkekalan hingga ke Syurga yang kekal abadi.

Sila sebarkan semoga lebih ramai mampu menyumbang agar usaha dakwah IDT terus berjalan dan bersama mencari keredhaan Allah azza wa jalla.

Sumbangan Atas Talian

1

PILIH NILAI SUMBANGAN

RM

2

MAKLUMAT PENYUMBANG

Kempen Dakwah Umum

3

PEMBAYARAN

FPX Payment Gateway