Dakwah Muallaf

9790/200000.00

5 % Dana Terkumpul

RM 9,790.00
Telah Disumbang
RM 200,000.00
Sasaran Dana
171
Penyumbang

Interactive Dakwah & Tarbiyah (IDT) merupakan antara organisasi yang sangat aktif bagi membantu saudara baru atau mualaf yang sangat memerlukan bimbingan dalam memahami asas kefahaman agama Islam dari sudut akidah, ibadah, hukum hakam, adab dan akhlak.

Secara asasnya IDT telah bergerak selangkah ke hadapan dengan menyediakan kelas dan kursus bimbingan agama kepada mualaf secara PERCUMA dan kini dengan jumlah sasaran yang agak terfokus pihak IDT juga memberikan penekanan latihan kepada mereka agar akhirnya mereka juga mampu menjadi pendakwah dan seterusnya menyampaikan risalah Islam kepada ahli keluarga, sahabat terdekat dan masyarakat secara umumnya.

Oleh itu, IDT membuka tabung kebajikan khusus bagi mualaf bertujuan membantu menerapkan asas kefahaman agama Islam yang mantap kepada mereka dan seterusnya menjaga kebajikan mereka agar kasih sayang yang sewajarnya diterapkan di dalam Islam boleh dirasai dan dikongsi kegembiraan secara bersama.

Kita mungkin tercari-cari pintu kebahagiaan dan ketenangan dalam hidup, percayalah wahai saudara bahawa salah satu kunci kepada pintu kebahagiaan yang kalian inginkan adalah daripada pintu sedekah. Berdasarkan firman Allah azza wajalla :

الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ بِاللَّيْلِ وَالنَّهَارِ سِرًّا وَعَلَانِيَةً فَلَهُمْ أَجْرُهُمْ عِنْدَ رَبِّهِمْ وَلَا خَوْفٌ عَلَيْهِمْ وَلَا هُمْ يَحْزَنُونَ
“Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Rabbnya. Tidak ada kekhawatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati.” (QS. Al-Baqarah: 274)

Semoga jalan kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan yang dijanjikan oleh Allah kepada orang yang yang menafkahkan sebahagian harta yang dimilikinya itu juga mampu dikongsi kegembiraan dari hartanya buat saudara baru/mualaf yang kami santuni.

Sebarang sumbangan boleh terus disalurkan melalui atau melalui online donation melalui link dibawah:

Nama akaun : PERTUBUHAN DAKWAH INTERAKTIF DAN TARBIYAH
No akaun MAYBANK : 5622 0965 6941
Rujukan : MUALAF

 

Sila sebarkan semoga lebih ramai mampu menyumbang agar usaha dakwah IDT terus berjalan dan bersama mencari keredhaan Allah azza wa jalla.

Sumbangan Atas Talian

1

PILIH NILAI SUMBANGAN

RM

2

MAKLUMAT PENYUMBANG

Kempen Dakwah Muallaf

3

PEMBAYARAN

ToyyibPay